Friday, January 8, 2010

Keringat Suci

Akhirnya langkah yang dinanti Harun tercipta.
Manisnya langkah dan perasaan apabila melangkah ke sekolah tercinta.

Setelah hampir 2 bulan menjauh kini diri bertapak jua di situ.

Macam-macam yang Harun fikirkan apabila dia berada di sekolah di awal tahun ini.

Kadang-kadang Harun merasakan tentu dia akan sibuk mentelaah buku untuk SPM untuk sepanjang tahun ini. Tetapi selepas melalui beberapa hari dan diskusi bersama teman, jiwa Harun mula merasai sebaliknya. Mungkin Harun perlukan keseimbangan yang dia sendiri akan berpuas hati nanti. "Tidak cukup sekadar straight A " bisik hati Harun.

Kadang-kadang Harun fikir dia mungkin kekosongan tidak melakukan apa-apa. Mahu melihat generasi di bawah belajar konon. Tetapi tuntutan dunia, agama dan manusia terhadap diri dia terlampau banyak. mustahil akan tertunai kalau sekadar duduk berpeluk tubuh.

Kadang-kadang fikiran Harun mula nakal. Memikirkan peluang jarang muncul sebagai senior. Macam-macam boleh buat yang selama ni mungkin tertahan oleh orang yang lebih tua. Maklumlah, jiwa gila-gila remaja. Ada-ada je idea nakal si Harun. Tetapi mujur ada teman yang sentiasa mengingatkan.

Kadang-kadang Harun terfikir ingin memperbaiki hubungannya dengan Allah sebaik nya. Ini adalah peluang terakhir duduk di dalam suasana penuh merangsang adrenalin beramal. Dia mula bermatian mengejar ibadah di atas tikar sejadah. Tiba-tiba sahaja jiwanya merasakan tidak selesa. Bukan tidak suka, cuma terasa asing dari manusia sebentar. Harun kembali fikir .

Lama juga Harun berfikir. Bukan seminit dua, bukan juga sejam dua.Bahkan berhari-hari dia berfikir apa yang terbaik baginya.

Akhirnya Harun jumpa formula untuk dirinya. Yang akan menyelesaikan seluruh teka-teki yang bermain di fikirannya selama ini. Kini Harun jelas.
Alhamdulillah.

Semoga Semua Manusia Jelas Apa Yang Terbaik Untuk Dirinya, Orang Di sekelilingnya, Umat dan Agama ini




No comments: