Friday, January 8, 2010

Keringat Suci

Akhirnya langkah yang dinanti Harun tercipta.
Manisnya langkah dan perasaan apabila melangkah ke sekolah tercinta.

Setelah hampir 2 bulan menjauh kini diri bertapak jua di situ.

Macam-macam yang Harun fikirkan apabila dia berada di sekolah di awal tahun ini.

Kadang-kadang Harun merasakan tentu dia akan sibuk mentelaah buku untuk SPM untuk sepanjang tahun ini. Tetapi selepas melalui beberapa hari dan diskusi bersama teman, jiwa Harun mula merasai sebaliknya. Mungkin Harun perlukan keseimbangan yang dia sendiri akan berpuas hati nanti. "Tidak cukup sekadar straight A " bisik hati Harun.

Kadang-kadang Harun fikir dia mungkin kekosongan tidak melakukan apa-apa. Mahu melihat generasi di bawah belajar konon. Tetapi tuntutan dunia, agama dan manusia terhadap diri dia terlampau banyak. mustahil akan tertunai kalau sekadar duduk berpeluk tubuh.

Kadang-kadang fikiran Harun mula nakal. Memikirkan peluang jarang muncul sebagai senior. Macam-macam boleh buat yang selama ni mungkin tertahan oleh orang yang lebih tua. Maklumlah, jiwa gila-gila remaja. Ada-ada je idea nakal si Harun. Tetapi mujur ada teman yang sentiasa mengingatkan.

Kadang-kadang Harun terfikir ingin memperbaiki hubungannya dengan Allah sebaik nya. Ini adalah peluang terakhir duduk di dalam suasana penuh merangsang adrenalin beramal. Dia mula bermatian mengejar ibadah di atas tikar sejadah. Tiba-tiba sahaja jiwanya merasakan tidak selesa. Bukan tidak suka, cuma terasa asing dari manusia sebentar. Harun kembali fikir .

Lama juga Harun berfikir. Bukan seminit dua, bukan juga sejam dua.Bahkan berhari-hari dia berfikir apa yang terbaik baginya.

Akhirnya Harun jumpa formula untuk dirinya. Yang akan menyelesaikan seluruh teka-teki yang bermain di fikirannya selama ini. Kini Harun jelas.
Alhamdulillah.

Semoga Semua Manusia Jelas Apa Yang Terbaik Untuk Dirinya, Orang Di sekelilingnya, Umat dan Agama ini




Friday, January 1, 2010

Hooke's Law 2010 (F=-kx)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dialah penentu hidup mati seseorang itu . Penentu jodoh pisah seseorang itu . Penentu kejayaan dan kegagalan seorang itu . Benar, Allah menentukan semua itu pada kadar mana hamba-Nya berusaha ke arah sesuatu. Andai dia inginkan kejayaan, maka Allah akan perhati sejauh mana usahanya. Apabila sampai takat usahanya yang pada Allah hamba-Nya itu layak di berikan kejayaan, maka semudah itu Allah memberikan apa yang dia inginkan.

Tapi dengan syarat, hamba-Nya sampai takat usaha yang dia layak menerima apa yang di pinta.

Saya teringat salah satu sub-topic dalam peajaran fizik saya tahun lepas. Hooke's Law namanya. Ia adalah satu kaedah dalam pengkajian ke'anjalan' sesebuah spring itu.

Bagi
mereka yang sudah mempelajari mungkin mudah sikit untuk memahami entri saya kali ni.

Tahun ini adalah tahun terakhir saya di sekolah menengah.
Suka untuk saya berkongsi suatu analogi mudah.

Ibaratkan spring di sebelah kiri ini sebagai takat kejayaan kita. Lagi panjang ia maka lagi dekat kita dengan kejayaan kita atau matlamat yang ingin di capai.

Syarat untuk mendapatkan panjang yang berganda tentu sekali, perlukan lebih berat. Pemberat pula saya ibaratkan sebagai usaha kita.

Lebih banyak usaha kita , maka semakin jauh kita pergi ke arah matlamat yang ingin kita capai.

Tetapi bagaimana pula jika ada dua spring atau lebih? Atau dalam erti kata lain , kita ada lebih dari satu matlamat? Belajar , anak buah , sukan , dan lain-lain?

Kalau dalam hukum spring, sekiranya berat yang sama diletakkan pada satu spring diletakkan pada dua spring, maka kedua2 spring tersebut hanya akan stretch separuh dari sepatutnya...


Atau dalam erti kata lain, kedua2 matlamat kita akan bergerak perlahan sedikit jika usaha yang samdigunakan pada satu matlamat di gunakan untuk dua matlamat.

Pening?

Tidak mengapa, apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya secara ringkasnya adalah , kita punya banyak matlamat untuk setiap tanggungjawab kita. Jadi, sekiranya kita mempunyai banyak matlamat, kita perlukan berlipat kali ganda usaha untuk mencapai setiap matlamat kita!

Tapi...

Kita sedar bahawa kita tidak punya banyak masa dalam hidup ini. Jadi nak tak nak kita perlu teliti kan matlamat mana paling penting dan paling perlu kita dahulukan dan lebihkan usaha kita.

Semoga di tahun ini kita tidak sia-sia kan usaha kita pada terlalu banyak benda sehingga terlepas dari mengutamakan yang patut didahulukan usaha kita ke arahnya...


"andai di cabut beban pada sesuatu spring itu, maka ia tentu akan kembali kepada bentuknya dahulu, kecuali spring yang sudah melepasi takat anjal dia..."


SELAMAT BERAMAL

Thursday, December 31, 2009

Life Cycle


Saya tidak bercadang untuk menulis post baru saya sekarang . Mungkin ketika waktu dan saat yang sesuai kelak . Cuma suka saya berkongsi sangat sedikit . Bagaimana putaran kehidupan kita setiap hari . Apa dia?

Benda yang lama akan digantikan yang baru...

Generasi lama akan digantikan dengan yang baru...

Tahun lama akan berganti dengan yang baru...

Kulit lama akan berganti dengan yang baru...

Kehidupan yang lama akan berganti dengan yang baru..

Huh, sungguh tidak saya sangka...Akhirnya saya sudah hampir sampai ke penghujung kehidupan saya sebagai pelajar Sekolah Menengah. Walaupun sangat banyak yang ingin saya ambil kira sebelum saya keluar sebagai Alumni di sekolah saya yang saya cintai. Namun saya yakin dengan pemergian generasi saya akan digantikan dengan generasi yang berlipat kali ganda lebih baik berbanding generasi saya , tentu sekali dari semua aspek .

Sebentar sahaja lagi, tahun 2010 akan menjelma. Di sebalik dentuman mercun dan bunga api memeriahkan kehadirannya , hati kecil saya sedar yang perjalanan saya sebagai pelajar di sekolah saya makin singkat.

Tiada masa untuk bermain!

Saya mahu punya keyakinan yang sangat tinggi terhadap generasi di belakang saya untuk memimpin pelajar , ketika saya melangkah pergi dari sekolah saya. Teringin menatap wajah generasi itu.

Apa-apa pun, perjuangan saya di sekolah akan saya pastikan untuk kebaikan generasi m
endatang, bersama kita do'akan insya-Allah.


"Generasi kamu mestilah menjadi lebih baik dari generasi kami...."
-Imam Hassan Al-Banna-

Itulah hidup ini, kita akan berterusan passing batton perjuangan ini. Lama kepada yang baru.Itulah Kitaran Hidup kita (Life Cycle) . Kullu 'Am wa Antum Bikhair Insya-Allah...


Monday, November 30, 2009

seeing beyond future

Secara ringkas , saya mulakan tulisan saya dengan dua contoh.


tetapi sebelum itu juga saya tuliskan satu pepatah inggeris;


" yesterday's crime , today's deed.."

Terpulanglah pada anda mahu interpret pepatah itu bagaimana , tetapi mungkin suka untuk saya kongsikan pendapat saya pula . Saya mulakan dengan dua contoh tadi..



Kisah Abdullah bin Jahsy

Berlaku pada Operasi(sariyyah) Nakhlah pada bulan Rejab tahun 2 hijrah . Sekiranya anda pakar sejarah , ketika ini Ghazwah Badar belum berlaku . Ketika itu Rasulullah mengutus Abdullah bin Jahsy ke Nakhlah bersama 12 orang muhajirin dan memberi beliau sepucuk surat yang hanya boleh di baca selepas 2 hari perjalanan .

Maka selepas 2 hari perjalanan , beliau membaca isi surat terseb
ut yg berbunyi ;

"....teruslah berjalan hingga ke Nakhlah antara Mekah dan Ta'if dan di situ
intiplah rombongan dagang quraisy dan kumpulka
n maklumat mereka untuk kami "

Lalu dia berkata " Aku dengar dan patuh " . Lalu diserunya kepada sahabat2 nya yg mahu mati syahid , maka boleh bersama dengan nya , mereka yg takut mati boleh pulang . Ada yg t'paksa pulang kerana kehilangan unta. Di dalam perjalanan mereka ke Nakhlah , ada satu rombongan Quraisy yg lalu membawa anggur kering , lauk- pauk , dan aneka barang dagangan . Dalam rombongan tersebut terdapat 'Amru al Hadhrami , Uthman bin Nawfal (kedua2nya anak Abdullah b Mughirah) dan al-Hakam b Kaysan (Khadam bani al-mughirah) . Lalu pasukan islam berbincang , lalu ada yg berkata"kita berada di hari terakhir bulan Rejab iaitu bulan Haram , Sekiranya kita memerangi
mereka bererti kita menceroboh kesucian bulan Haram . Tetapi kalau kita biarkan mereka
malam ini , mereka akan terlepas masuk ke Tanah Haram "

Akhirnya mereka sepakat untuk bertembung . Mereka berjaya membunuh 'Amru , menawan Uthman dan al-mughirah . Nawfal terlepas . Mereka membawa barang dagangan dan 2 orang tawanan tersebut ke Madinah.
Mereka telahpun mengasingkan 1/5 daripada barang dagangan itu . Maka itulah 1/5 harta perang yg pertama dalam islam , tawanan pertama dalam islam dan korban perang pertama dalam islam ('Amru) .

Malangnya , Rasulullah s.a.w tidak setuju dengan tindakan mereka dan menyatakan bahawa beliau tidak menyuruh mereka berperang dalam bulan Haram . Musyrikin menuduh umat islam menghalalkan apa yg diharamkan Allah .'Abdullah b Jahsy dan yg bersamanya dijauhi oleh sahabat , sekalipun ketika bertembung dijalanan . Namun , akhirnya Allah menurunkan ayat 217 surah al-baqarah.

Ayat ini menjelaskan bahawa gembar - bembur kaum musyrikin untuk menimbulkan keraguan terhadap tindakan para pejuang islam tiada asasnya . Ini kerana tindakan mereka memerangi islam dan menindas penganutnya . Bukankah mereka telah merampas harta benda dan ingin membunuh Nabi mereka ketika di dalam Tanah Haram?

Maka selepas peristiwa itu , Rasulullah membebaskan 2 tawanan dan membayar diat mangsa yg telah terbunuh kepada ahli keluarganya.

Mulai daripada detik itu , musyrikin menyedari sesuatu . Umat islam tiada lagi bermain2 dan keadaan mereka sangat terancam . Umat islam semakin berani , maka musyrikin mula mengambil langkah berjaga - jaga .

Otak Albert Einstein


Albert Einstein , tokoh terulung dalam bidang keilmuan fizik . Beliau mati pada tahun 1955 di atas katilnya . Sebaik selepas kematiannya , autopsi di jalankan terhadap mayatnya oleh Dr Thomas Harvey untuk mencari punca kematian . Autopsi itu hanya di saksikan oleh kawan baik Einstein dan Dr Harvey sendiri . Dr Harvey mengeluarkan satu demi satu organ Einstein seperti prosedur , lalu ditimbangnya , lalu dimasukkan semula . Namun , otak Einstein disimpan olehnya dalam satu balang yang dipenuhi 10% Formalin. Mayat Einstein yang tiada berotak itu lalu diserahkan kepada keluarganya dan dibakar...


Tidak lama kemudian , dunia kecoh dan marah kerana menyedari mayat yang dibakar itu tidak sempurna . Siapa lagi yg akan dituding apabila otak Einstein hilang kalau bukan Dr Harvey . Sungguhpun beliau didesak agar melepaskan otak itu dan memulangkannya , namun dia enggan . Bagi rakyat dunia ketika itu , ia adalah satu pencabulan terhadap mayat , apatah lagi terhadap tokoh ilmuan itu . Bertahun lamanya , Dr Harvey dikutuk dan diminta memulangkan otak tersebut , tetapi dia masih enggan .

Pada tahun 1978 , iaitu 23 tahun kemudian barulah Dr Harvey mengeluarkan semula otak Einstein selepas tidak menemui apa-apa yang istimewa dengan otak genius itu . Kajian yg berlanjutan selepas itu barulah menemui sesuatu tentang otak Einstein . Mereka menggelarnya 'recipe for intelligence'.


* * * * * *

Kalau anda berjaya baca sejauh ini , terima kasih saya ucapkan.

Mereka adalah orang yg berfikir menjangkau masa . Sungguhpun tindakan 'Abdullah b Jahsy itu tidak disetujui oleh umat islam , apatah lagi Rasulullah sendiri , tetapi hasil daripada tindakan beliau dan pasukannya memberi kebaikan yang sangat2 besar kepada umat islam dan sangat2 tidak menguntungkan musyrikin yang utamanya!(untuk maklumat lanjut , rujuk seerah) .

Begitu juga tindakan Dr Harvey , sungguhpun dia dikecam dunia akan tindakannya , tetapi dia memikirkan maslahah perkembangan pengkajian sains akan datang yg boleh di capai melalui kajian terhadap otak Einstein. Juga seperti kisah perjanjian Hudaibiah , walaupun pada awalnya sahabat merasakannya sangat berat dan lebih memihak kepada musyrikin , tetapi kelebihan yg memihak kepada islam menjangkau fikiran mereka .

Kadang - kadang tindakan kita di masa kini di kecam oleh mereka yang tidak memahami atau tidak jelas maslahah yang akan di capai dengan tindakan kita . Tetapi perlu di ingat juga agar menepati Qur'an , Sunnah dan merujuk orang yang lebih berpengalaman . Memang kadang - kadang sesuatu perkara itu kita tidak setuju bahkan mungkin memandang buruk . Cuba kita fikir menjangkau masa , apa yang tebaik untuk matlamat kita yang ingin di capai? Ingat , tidak semestinya apa yg kita buat sentiasa betul dan boleh jadi benda yg kita sangat2 benci di masa kini sebenarnya sangat2 berguna dan dikenang suatu masa nanti mungkin.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
"...dan boleh jadi sesuatu yg kamu benci itu baik untuk kamu . dan boleh jadi (pula) sesuatuyg kamu suka
itu tidak baik untuk kamu , sesungguhnya Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "
(Al-Baqarah : 216 )

Kita inginkan generasi mendatang yg lebih baik daripada kita , maka kita mesti fikir apa yg terbaik untuk masa depan , bukan yg terbaik untuk masa kini sahaja . Untuk itu , maka amat penting bagi kita untuk...

"seeing beyond future.."






Saturday, November 28, 2009

sesuatu untuk di korban..



Bismillahirrahmaanirrahiim..


Selayaknya kata awal saya hanya milik Allah , kerananya Maha Pemberi memberi saya kesedaran dan memberi saya semangat untuk mengukir ayat di medan maya ini . Dia jugalah Maha Penarik yang mana pernah suatu ketika di tarik keinginan saya untuk menulis dan teguh dalam menjadi penulis blog ini. Huh , memang Dia lah yang menentukan sesuatu perkara , sungguh, saya akur.

Selawat dan salam hanya untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kerana saya menulis ini sebagai menghormati pengorbanan beliau serta memang satu perintah tuhan..

Wahai Maha Pemberi , berilah padaku hidayah yang beterusan
Wahai Maha Penarik , janganlah pula sekali2 kau tarik hidayah yang telah kau beri..

SALAM AIDIL-ADHA

Seringkali dikaitkan hari raya 'aidil adha dengan isu pengorbanan. yelah, dah nama pun hari raya korban ye tak? Tetapi saya mendapati sesuatu yg tidak adil , apabila lembu yang di korban kita lihat dan menganggap bahawa itu adalah antara cara untuk merasai pengorbanan nabi agung , Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.

two words " tak adil "

Kenapa tidak adil ? mudah , mereka berkorban dengan nyawa tetapi kita melihat lembu yang mati dikorbankan. Jujur saya katakan , berapa ramai sahajalah yang mampu mengambil nilai yang islam kehendaki daripada annual event ini .

Kalau dahulu Qabil dan Habil di gesa untuk menghantar korban untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan elok pengorbanan dia untuk Tuhan Semesta Alam . Kerana ketika itu mungkin tiada ibadah khusus seperti umat kita , tiada berjihad fi sabilillah...

Kalau betul dengan korbankan puluhan ekor lembu dapat kita capai hadaf untuk tunjuk pengorbanan kita pada Allah , maka cukuplah dengan itu .

Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian , kita ada harta , tenaga , jawatan , masa , kekuatan , kebijaksanaan , ayat - ayat manis , anak - anak , pendidikan , ilmu dan bermacam lagi yang orang terdahulu tidak ada. Di tambah lagi , bukankah kita umat terbaik ?

Pasti ada satu cara untuk kita tunjukkan pengorbanan kita . Betapa tuhan cintakan hamba-Nya yang bijak menggunakn ni'mat yg di beri-Nya untuk lebih dekat lagi dengan Dia.

Kalau anda dapat apa yang saya cuba sampaikan ,

"..nampaknya ada sesuatu untuk di korban,"



Sunday, August 23, 2009

Sujudku padamu Ramadhan?



Ada seorang budak , Nazir namanya. Kerja dia seharian adalah untuk memetik buah petai berpapan - papan untuk dijual di pasar , sebagai sara diri tentunya.


Saban hari Nazri mengeluh . Mana tidaknya , kalaula anda tahu hakikat pokok petai , cubaan ingin memetiknya boleh menggadai nyawa dek ketinggian pokoknya . Petai takkan jatuh , sebaliknya harus di petik sendiri dari pokoknya yang tinggi itu.

Satu hari , seorang pakcik memberi pinjam kepada Nazri sebatang galah yang sangat panjang. Dengannya Nazri mampu memperoleh petai tanpa perlu panjat pokok tersebut .Bahkan , Nazri mampu mendapatkan hasil petai puluhan kali ganda kerana ia sangat2 menjimatkan tenaga dan masa dia .

Cuma satu yang pelik , setiap kali selesai kerja memetik petai, Nazri tak habis2 memuji galah tersebut bahkan mengucapkan terima kasih kepada galah tersebut. Kerana Nazri cukup yakin bahawa galah tersebut benar2 membantu dirinya memperoleh pulangan yang lumayan.

Berlalu satu tempoh , pakcik tersebut pun mengambil galah tersebut.

Sejak dari hari itu , Nazri tidak lagi memetik petai kerana sibuk membandingkan jumlah petai yang diperolehinya tanpa galah sangat sikit berbanding dengan galah.


* * * * *

Alhamdulillah , Jutaan syukur pada ar-razzaq kerana memberi saya rezeki yg sangat agongnya. Betapa besarnya syukur kita kerana diberi Allah rezeki menyambut ramadhan . Saya jujurnya tidak menahu berapa lama sahaja saya dapat bersama ramadhan tahun ini . Namun apa yg saya pasti Allah masih sayangkan kita kerana diberi peluang Emas ini , walaupun baru mencecah beberapa hari.

Saya mengajak kepada anda yang sedang membaca butir2 huruf ini agar sama sekali jangan jadi seperti Nazir dalam cerita di atas . Allah menjadikan Bulan Ramadhan sebagai galah untuk kita mengaut keuntungan yang lebih besar dalam beribadah . Justeru , Allah lah yang selayaknya kita puja dan ucapkan terima kasih padanya , bukan Ramadhan .

"Tapi , ada ker orang memuja dan berterima kasih kat ramadhan?"

Secara lafaz , jujurnya saya tak pasti . Tetapi fikirkan , Allah menyuruh kita ber'amal sebagai tanda syukur (terima kasih) kita kepadanya . Kita akan berbuat baik dengan orang yang berkorban untuk kita sebagai tanda kita berterima kasih dengan mereka . Kita ber'amal bersungguh2 pada bulan ramadhan , tetapi secara sambil lewa pada bulan lainnya?
Yang menutup pintu neraka,
yang membuka pintu syurga,
yang memberi ganjaran amalan
fardhu pada amalan sunat,
Yang menggandakan pahala amalan
fardhu 70 kali ,
yang membelenggu dan mengikat syaitan,
Bukannya Bulan Ramadhan ,
tetapi Rabbul Jaliil.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang2 yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa
seperti mana (diwajibkan) kepada (golongan) sebelum kamu
agar kamu bertaqwa"

Ingat kembali matlamat kita , menjadi mukmin yang bertaqwa kepada Allah dan istiqamah dalam amalan.

"Sesungguhnya aku sujud padamu ya Allah ,
Aku sama sekali tidak mahu sujud padamu ya Ramadhan..."


Saturday, June 20, 2009

Payung Keamanan II


"Bukankah mudah , andai setiap dari kita , punya payung sendiri . Dengan ia lah kita melindungi diri dari musibah hujan api . Tidak perlu mengharapkan orang lain yang memayungi empunya diri .Tapi hakikatnya kawan , itulah dunia kini . Ada2 sahaja mereka yang terpaksa kita payungi...."

Hujan api = fasad dunia
Lubang pada payung = maksiat yang kita buat
Payung = RAHMAT ALLAH

Suatu masa dahulu , dunia menyaksikan seorang , benar , seorang pemimpin yang menggegarkan dunia dengan perubahan yang di hasilkan terhadap dunia . Kawasan kering tandus kemarau menjadi tanah subur penuh hasil bumi . Bahkan ketika dia masih menyusu , ada saja perubahan yang dilakukan . Sehingga saat pilu nazak kewafatannya , ada saja perubahan yang di buat nya.Tentu sahaja , Salawat dan salam atas Baginda Muhammad Rasulullah , Khotimul Anbiya' .

Rasulullah , kerana rahmat Allah yang ada padanya , keluarga Halimatus Sa'diah mendapat kecukupan hidup serta kesenangan yang tidak tercapai sahabat - sahabatnya ketika itu . Ketika dewasanya pula , berkat rahmat Allah yang ada padanya satu kaumnya mempunyai pandangan terbaik terhadapnya . Ketika era kenabian baginda , kerajaan Rom dan Parsi tidak berani menginjak umat islam , berkat rahmat Allah padanya yang membuatkan dua kerajaan tersebut gentar . Mudahnya tokoh yang hatinya keras ketika jahiliah seperti Umar al-Khattab untuk menerima islam juga rahmat dari Allah . Semuanya rahmat Allah....

Pernahkah kita melakukan sesuatu , tetapi seakan - akan tak menjadi - jadi . Dalam periksa kita cuba untuk fokus atau fikir jawapan tetapi gagal , solat yang tidak khusyu' , perbuatan kita yang terlampau ketara kesilapannya , atau kesilapan yang berulang - ulang kali kita lakukan , sedangkan sudah berusaha untuk perbaiki . Semua keadaan tadi pernah seorang orang tua cakap pada saya ,

"itu sebab tak de rahmat Allah la tu , "

Allah hanya berkenan untuk mencurahkan rahmatnya pada orang yang dia sayangi . Mereka adalah orang yang sentiasa bersih suci jiwa serta rohani mereka . Hasil daripada itu kita dapat lihat bagaimana usaha yang sedikit dapat menghasilkan pulangan yang tidak terjangka , belajar yang sedikit mendapat keputusan yang cemerlang , sepatah kata mampu mempengaruhi dunia , tatkala berfikir sejenak mampu membuahkan akal fikiran yang bernas lagi bijak .

Inilah yang saya cuba sampaikan dengan payung keamanan . Dunia kini menanggung beban fasad yang terlampau berat . Hampir sahaja tiada siapa yang tidak melakukan dosa dengan bangga , bahkan gembira . Adakah Allah berkenan untuk menurunkan rahmatnya pada dunia yang sebegini ? Mungkin dunia terlalu besar agaknya , maka kita pandang pada skop negara kita .Adakah sudah cukup syarat bagi membuatkan Allah berkenan? . Keadaan yang serupa ! semua melakukan dosa , termasuk juga keluarga kita dan diri kita sendiri !

Kalau begitu bagaimana payungnya?

Akhirnya keadaan yang memaksa , kita pun terpaksa rela . Kita lah yang bertanggungjawab memayungi dunia ini dari hujan api . Atau dalam erti kata lainnya , kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadi asbab kepada turunnya rahmat Allah di atas tempat yang kita berpijak , ya'ni keluarga kita , negara , dan dunia. Amal Ibadah kita atau amal fardi kita harus melebihi maksiat dosa yang dilakukan . Sehingga sampai takat , Rahmat Allah turun...maka ketika itu , dunia berada dalam keadaan harmonis . Sentiasalah berusaha untuk menjadi asbab kepada turunnya rahmat Allah ke atas bumi ini insyaAllah kerana firmanullah;


"dan tidaklah aku utuskan kamu , melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam , "

Ayat di atas terkena pada kita semua sebenarnya , bukan hanya pada Rasulullah ...