Friday, May 1, 2009

"Cognitive Dissonance"


Di dalam sebuah kelas...

Seorang guru mengakhiri kelasnya pada hari ini dengan mengajukan satu soalan mudah.

"Baiklah , kat papan hitam ni cikgu dah lukis dua bentuk yang berlainan , satu dilabel 'A' dan satu lagi 'B' . Ok, antara A dan B , yang mana satu Segi tiga?"

satu kelas terdiam sebentar untuk berfikir....

kecuali Azzam , dia awal - awal lagi dah tahu yang dilabel 'B' itulah segi tiga . Azzam pun berdiri,

"Cikgu , jawapan dia B!.."

Dengan muka yakinnya Azzam pun duduk . tiba - tiba seorang pelajar lain bangun ,



" jawapan dia A , cikgu! saya yakin!"

diikuti dengan pelajar lain..

"cikgu ,saya
conferm A jawapan dia "

"saya jawab A!"

"mustahil jawapan dia B , saya jawab A!"

akhirnya satu kelas menjawab A , Azzam yang pada awalnya sungguh teguh keyakinannya terhadap B akhirnya berfikir dua kali....melihatkan orang sebelah kiri , kanan , depan , belakang , depan , bahkan semua pelajar menjawab A (kecuali dia) , Azzam pun berdiri dan....

"cikgu , jawapan dia adalah A!"

(jawapan Azzam yang awal tu memang betul , jawapan dia B )

* * * * *

Keadaan yang terjadi kepada Azzam itulah yang ahli psikologi menggelarnya sebagai 'cognitive dissonance' , pedih bagi saya sebutkan bahawa dunia kini berada dalam keadaan ini...

Ia adalah satu keadaan yang mana kita merasakan terpanggil untuk membuat sesuatu atas dasar ramainya orang yang melakukannya . Dalam kes Azzam , ia membawa kepada perubahan keputusan.

Kita melihatkan penduduk dunia pada hari ini seakan - akan menundukkan diri mereka kepada satu jenis budaya . Budaya Barat tentunya . Bagi saya ia bukanlah sekadar budaya , kerana ianya merangkumi fikiran , perbuatan , pandangan , aturan hidup , bioligical clock , cara hidup , dan tentunya pada saya yang paling penting , benda yang disibukkan. Akhirnya hidup mereka berpaksikan kepada Barat.

Keadaan ini tidaklah sentiasa salah , tetapi menjadi sedikit kecurangan dalam agama bila ianya melalaikan.

"Barangsiapa yang mengikuti sesuatu kaum,
maka dia dari kalangan (kaum) itu"
-Al Hadith-


sebagai contoh: "Alah , takpe pakai tudung singkat2 , kan ramai yang pakai macam tu sekarang"

"bukan salah pun lambatkan solat , ramai orang sekarang solat lambat"

"jangan takut , bukan salah pun dedah2 sikit aurat ni, ramai orang buat macam ni"

"takyah takut , makan je McDonald ni , ramai lagi yang makan , nak takut buat apa?"

Sehingga dalam sesetengah keadaan ia menghalalkan yang haram.Hanya kerana ramainya orang yang melakukan sesuatu perkara itu ianya dianggap halal? Na'udzubillah...

Kerana itu kita perlu kepada keyakinan yang benar2 kuat terhadap agama kita . Keyakinan yang akhirnya membawa kepada orang lain pun yakin dengan agama yang kita iya - iya yakinkan . Keyakinan yang mampu menyangkal segala anasir2 lain daripada bersarang di dalam hati .

Ketika itu 'cognitive dissonance' ini menjadi cantik , kerana apa? kerana orang pun terikut - ikut dengan islam dan lagi cantik bila orang kafir pun mengikut kaedah pemerintahan islam. Ketika itulah terjadinya islam sebagai Ustadziatul 'Alam.


" oh , begitu ke?! "