Thursday, December 25, 2008

semuanya aku

sekadar satu tulisan buat mereka yang masih bernafas.



Hidup ini seringkali menggesa kita untuk melakukan pelbagai perkara dan aktiviti.kadang-kadang kita kecewa & terkadang juga gembira dengan apa yang telah kita lakukan.Ada juga yang akhirnya membuatkan kita putus dari terus berusaha.Tetapi bagi mereka yang memahami hakikat kehidupan , mereka akan sentiasa tersenyum gembira.Walau keadaan yang sungguh mencabar di luar sana, namun mereka adalah golongan yang terus bekerja.Ini kerana mereka yakin bahawa segala apa yang mereka lakukan akhirnya akan kembali kepada mereka juga.Kita yang buat , kita yang akan belajar sesuatu.


Ya,begitu juga dalam Islam


Selalunya manusia mencari suatu jenis pulangan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.Sebagai contoh , orang yang ingin pergi ke kedai dengan mengayuh basikal sudah tentu mahu basikal tersebut bergerak.Tetapi bagaimana pula sekiranya basikal tersebut tidak bergerak? Nah, ini juga pulangan untuknya.terlalu banyak yang dia dapat jika mahu di 'list' kan.Antara yang di perolehinya adalah dia perlu lebih berhati - hati ketika menunggangnya agar tidak rosak.

Dalam tarbiah ia lebih kepada frasa ini

"kita beramal untuk menunjukkan kesetiaan kita pada da'wah"

Fikir!

Sekiranya kita merasakan segala jerih payah yang kita lalui untuk da'wah seakan - akan tiada pulangan,susah payah kita bawa anak buah kita tetapi dia tidak juga berkembang, ana nasihatkan kita fikir kembali.Jangan terlalu cepat bersedih hati kerana ianya adalah tarbiah bagi diri kita. Kalau orang lain tidak mahu islam yang kita cuba sampaikan, kita jangan pula tewas.Tetapi sedarlah ikhwah itu adalah tarbiah bagi diri kita.Nah itulah pulangan untuk anda.Dia tak mahu tak mengapa,yang penting kita setia dengan islam ,da'wah & tarbiah.

Tetapi sentiasa ingat wahai para da'ie,jangan kita puas dengan sekadar mentarbiah diri kita sahaja.Sebaliknya peristiwa yang berlaku hendaklah di teliti dan kita baiki agar fikrah yang kita bawa lebih mudah dijinakkan dihati manusia melalui cara yang pelbagai dan kreatif.Jangan sesekali kita lupa ganjaran orang yang mendapat hidayah kerana kita.Lebih besar dari dunia dan seisinya!

Firmanullah;
"dan janganlah kamu berasa lemah dan bersedih hati , sesungguhnya kamu mulia sekiranya kamu benar - benar beriman"











Tuesday, December 9, 2008

Bagaimana Melayari internet dengan kehadiran Allah (mesti baca)

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan.


Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.



Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:


Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.


(an Nisa’ 165)
Dan firman Allah maksudnya:

Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu


menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.


(al Baqarah : 143)


Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini:


“biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba,

kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai

dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.


2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kematiannya dalam keadaan dia tidak menyedarinya.


3. Duduk di hadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru. Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan

malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu

hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka,

mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang,

beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi

antara mereka ada puak yang menjual akhlak

dan agama mereka dengan habuan dunia.

(hadis riwayat Ahmad)



Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.



Amin ya rabba al 'alamin.





Monday, December 8, 2008

mengimbau Sirah Pengorbanan

"amat penting bagi seorang daie membuka mata hatinya
untuk mentafsir sirah terdahulu , keadaan sekeliling ,
serta mengambil kira kemampuan diri agar boleh diterjemah
ke arah merealisasikan matlamat utama di masa akan datang"



sekadar sejauh mana kita berfikir untuk umat ini?







Wednesday, November 26, 2008

apa macam?

berlalu sudah 40 hari dan malam,

celik! ia sudah berakhir...

dan sudah lama berakhir...

Alhamdulillah...

bulan-bulan lepas yang sudah kita penuhi dengan akademik
,
kini sedar-sedar ia sudah berakhir,
semua tahu,
ia akan sentiasa berulang,
belajar....periksa...

dan akan terus berulang,
40 hari periksa sudah tamat,
apakah yang kita buat selama 40 hari tersebut?
khususnya untuk kebaikan islam,
umumnya untuk kebaikan kita sesudah mati,

hasrat tulisan ini adalah moga-moga 40 hari yang berikut tidak sesia-sia 40 hari yang lepas,
belajar dan periksa akan terus berulang,tetapi tidak bagi masa,
ia takkan berulang,
kita yang tentukan masa kita untuk diri kita dan aga
ma,

semoga berjaya!!




Monday, November 24, 2008

untukmu ikhwah..

inilah cuti..
" saat tersedar rupanya sudah lama,
bahkan sudah terlalu jauh dari dakapan tarbiyyah,
andainya ia tidak ditanam jauh di benak hati,
nescaya hati yang segar hidup pun mampu jatuh mati..."

tulisan ana kali ini sebenarnya lebih kepada mainan perasaan,
perasaan ana yang mungkin sudah terlalu lama terbungkam di hati ini,


ikhwah,
tidak sesekali aku maksudkan tulisan ini,
pada individu tertentu yang daku kenali,
sambil mengendahkan individu yang lain,
bahkan aku maksudkan kepada semua kenalanku,

ikhwah,
aku senantiasa mahu meminta keampunan,

diatas lemahnya diriku ini,
diatas tidak berdayanya aku berfikir,
diatas celarunya urusan hidupku mungkin,

ikhwah,
terkadang aku sedar kau menjauhi ku,
walaupun pada lidahmu kau nafikan,
tapi hati ini tidak sesekali benci padamu,
mungkin memang ia dari silapku,

ikhwah,
cuma satu pintaku padamu,
sesungguhnya mataku diciptakan tidak melihat diriku,
tetapi melihat pada dirimu,
maka engkau nyatakanlah kesalahan diri ini padamu,

ikhwah,
sesungguhnya kita sentiasa bersama,
dalam apa bentuk sekalipun,
jadi harapku jangan rasa berbeza,
apatah lagi rasa terasing,

ikhwah,
ku sedar semua yang menimpa hasil dari dosaku,
hasil dari gagalnya aku memenuhi hak saudaraku,
hasil dari lalainya fikiranku daripada mengutamakanmu,
maka sentiasa,kau ingatkanlah diri ini,


akhir kata, sentiasa ingatlah satu perkara....

Bukankah Kita Bersama?





Saturday, November 1, 2008

Full Time Da'wah

bismillah
...

*selamat tinggal buku-buku 'pembunuh'



Alhamdulillah....akhirnya semua 14 subjek kertas peperiksaan sudah selesai
ditelaah dan diuji.

subhanallah....seiring dengan itu juga lah 14 buku teks buku akademik dan
diniyyah tersusun kemas di sudut rak...
insyaAllah penulis tidak akan menyentuh nya lagi

biarkan ia berhabuk mungkin?
sehingga generasi seterusnya yang sudi membelek kembali helaian itu,

pastinya,
bukan penulis orangnya,

bagi yang bermatlamat dan pulun sehabis-habis keringat untuk 'exam' ,
maka kini ia telah menemui pangkalnya,

minggu peperiksaan bagi penulis,
merupakan suatu minggu yang amat dinanti untuk berpisah dengannya,

kerana semua 'schedule' terpaksa diubah,
kini diriku sudah bebas,
bebas dari terikat dengan tuntutan sementara,

melihatkan hari-hari yang cantik sederet kosong dari apa-apa agenda,
melainkan si cengal emas yang bijak mengisinya....


*kembali pada jalan perjuangan iman


inilah masanya,
bagi jiwa-jiwa yang hidup,
masa-masa kosong kita penuhkan,

tuntuntan sekarang bagi mu, hai umat,

inilah masanya kita FULL TIME DA'WAH








Sunday, October 19, 2008

"Cubalah untuk setia,mungkin...?"


selesai sahaja 6 hari duduk di wad G2,
selesai jugalah sebuah pengalaman yang benar-benar jarang
berlaku pada mana-mana insan.....
PMR di hospital(hahahaha)
kalau nak diikutkan,ana baru selesai 'exam mode'...
dan bakal meng'on' balik mode tu,PDI
tapi di sini suka ana untuk kongsi..

* * * * * *

6 hari yang di lalui benar-benar cukup syahdu bagi ana,
sebabnya, wad G2 yang ana duduk tu adalah wad yang besar,
dalam 30 orang macam tu,
tapi yang sedihnya adalah bilamana ana merasakan ana seorang sahaja orang islam,
serius ana katakan,ana berperasaan begitu,
Hakikatnya tidak,bahkan sekeliling ana ramai lagi yang se-agama dengan ana,
bila ditanya

"pakcik kiblat mana?"

"pakcik pun x tau"

bukannya apa, cuma pakcik tu dah 5 hari duduk situ time ana baru 'check in'
so , x kan kiblat pun x tahu lagi kat mana?
setiap hari hanya ana je yang solat(sepanjang yang ana nampak la)
mungkin kerana ujian sakit itu benar2 buat mereka teruji?
ini baru dalam Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR),
belum lagi dalam dunia ni keseluruhannya,
nak dijadikan cerita,
malam tu time ana tengah baca ayat suci al qur'an,
yang mana ketika tu otak ana pun tengah ligat fikir pasal perkara diatas,
tiba-tiba ana terbaca ayat

"dan masuklah kedalam agama islam itu secara keseluruhannya..."

serius ana cakap,hanya Allah saja yang tahu perasaan ana ketika itu,
rasa macam nak mengalir sahaja air mata ana,
"Ya Allah,kau benar-benar memahami hati ini,tolonglah"bisik hati ana sambil mendongak ke ceiling dalam keadaan tutup mata,
lagilah menjadi-jadi pemikiran ana ketika tu,


* * * * * * * *
*inilah kalimah yang sepatutnya kita sama-sama pertahankan dan sebarkan
kepada dunia.....adakah kita?

Hakikatnya dunia kini menuntut kita untuk setia pada agama kita,
dalam keadaan orang sekeliling kita yang beragama islam ,
tapi mungkin mereka gagal untuk setia,
sahabat-sahabat kita yang sama-sama ikut tarbiyyah,
tapi mungkin ada yang gagal setia,
ikhwah-ikhwah yang sama-sama berpening-pening untuk da'wah,
takut-takut ada yang x betul-betul setia,
adakah kita tergolong dari kalangan mereka yang setia?

kesetiaan hanya dapat dinilai di akhir perjuangan...
di saat kematian datang menghadap,
di saat segala amalan diputuskan,
terkecuali 3 amal tertentu,
adakah ketika itu kita masih setia dengan,
beramal untuk / dengan islam?
keseriusan dalam tarbiyyah?
pengorbanan dalam da'wah?

tepuk dada, tanya iman.

"cubalah untuk setia, mungkin...?"

atau...

"janganlah khianat,tolong...."

Friday, September 26, 2008

awwal



bismillahirrahmaanirrahim
ini prinsip aku,
cara aku,
gagasan aku,
bukan ikut-ikut,
tapi sedar
bukan suka-suka,
tapi faham
cuma,
sekadar ingin kongsi,
moga-moga bermanfa'at,
sekadar ingin tolong,
harap-harap 'dia' tertolong,
amal mana Dia nak terima,
itu hak Dia,
aku sekadar hamba-Nya.